fbpx

SERTAI KAMI UNTUK KEMASUKAN SEPTEMBER 2021

Kolej antarabangsa terkemuka kami yang berpusat di Cambridge, London dan Manchester menawarkan Program GCSE, A Level dan Asasi berkualiti tinggi untuk pelajar yang ingin memulakan pengajian mereka pada bulan September 2021 ini.

Kolej kami mempunyai pengalaman mengajar dan membantu pelajar antarabangsa selama bertahun-tahun. Guru-guru kami akan menyediakan rancangan untuk perkembangan individu dan memberi fokus yang lebih khusus dalam kelas yang kecil untuk membantu setiap pelajar mencapai matlamat akademik dan peribadi mereka.

Sekolah berasrama berbayar kami menawarkan pelbagai program akademik untuk pelajar berusia 13-21 tahun.

Ketahui lebih lanjut mengenai program akademik yang terdapat di kolej kami pada bulan September ini dengan mengklik pada pautan di bawah.

INFO LANJUT

Hasil akademik di ketiga-tiga kolej kami merupakan antara yang terbaik di UK. Sebilangan besar pelajar kami berjaya melanjutkan pengajian ke university terkemuka di UK.

  • 1/3 Pelajar Abbey DLD berjaya mencapai A * di peringkat A Level
  • 65% pelajar berjaya mencapai A * – A,
  • Lebih daripada 73% pelajar medapat markah atas purata dalam Program Asasi Antarabangsa
  • Kira-kira satu pertiga daripada pelajar GCSE mencapai gred 9 atau 8.

Berikut adalah beberapa kisah Kejayaan Pelajar kami dari 2019-2020.

KEPUTUSAN AKADEMIK 2020

Keputusan A-level 2020 (Purata anrata ketiga-tiga kolej):

A*- 32%

A*-A – 65%

A*-B – 86%

Keputusan Program Asasi Antarabangsa 2020:

Rata-rata skor program asasi yang dicapai oleh pelajar Abbey DLD tahun ini mencapai sehingga 73%, satu kepurusan yang luar biasa, keputusan yang membolehkan pelajar meneruskan pengajian ke pelbagai kursus sarjana di institusi berprestij UK seperti Durham University, University of Leeds, University of Birmingham, Exeter Universiti, dan Universiti Surrey.

Setiap kolej kami juga mencatatkan skor purata lebih dari 70%. Purata skor di Abbey College Cambridge adalah 75%, di DLD College London adalah 72%, dan di Abbey College Manchester 71%, ia memaparkan aras kualiti program asasi yang dijalankan oleh ketiga-tiga Abbey DLD Colleges kami. Lihat senarai penuh di sini.

MENGAPA ANDA HARUS MENJADIKAN KOLEJ ABBEY DLD PILIHAN ANDA?

Pendidikan Bertaraf Tinggi

Kami adalah sebahagian daripada Kumpulan Alpha Plus dan mempunyai prosedur tadbir urus yang mantap. Guru-guru kami adalah pakar dalam mata pelajaran masing-masing, berpengalaman mengajar di universiti terkemuka, serta berpengalaman luas mengajar menggunakan kurikulum UK. Kakitangan asrama kami merupakan profesional yang berpengalaman dan penyayang.

Keputusan Akademik Yang Terbukti

Di kesemua 3 kolej kami, 42% dari semua keputusan A-Level yang diambil pada tahun 2019 mendapat gred A * atau A. Lebih daripada satu pertiga daripada pelajar asasi kami mencapai tahap Distinction, 42% daripada pelajar BTEC kami juga mencapai tahap Distinction. 36% daripada keputusan GCSE yang diambil oleh pelajar Abbey DLD mencapai gred 9-7.

Mudah Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Terkemuka

Setiap pelajar kami mendapat sokongan dan bimbingan aplikasi universiti yang disesuaikan secara individu untuk membantu mereka menyertai universiti terbaik yang bersesuaian dengan mereka. Lebih daripada 70 pelajar Abbey DLD telah menyertai kolej Oxbridge dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan 33 pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti bertaraf G5 pada tahun 2019 (Oxford, Cambridge, Imperial, LSE, dan UCL). 19 pelajar Abbey DLD meneruskan pengajian dalam bidang perubatan pada tahun 2019, kursus yang paling kompetitif antara semua kursus di UK.

Kemudahan Asrama Moden Berkualiti Tinggi Di Bandar Terbaik Di UK

Alami kehidupan kota besar secara selamat dengan sokongan kakitangan asrama kami. Kolej kami menyediakan beberapa kemudahan spesifikasi terbaik yang boleh didapati di dunia, tepat di tengah-tengah bandar menarik.

MENERUSKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI TERKEMUKA

Kejayaan di universiti bermula dengan bimbingan yang baik. Setiap kolej kami menawarkan sokongan yang disesuaikan untuk bentuan sebelum dan semasa proses permohonan:

Khidmat nasihat UCAS, sokongan bantuan dengan kertas kerja permohonan, persiapan ujian masuk universiti dan bantuan pakar bagi permohonan ke Oxford, Cambridge, sekolah perubatan dan pergigian. Kami juga akan terus memberi sokongan untuk kehidupan selepas universiti bagi membantu anda dengan menyediakan nasihat kerjaya.

Program Kemahiran Belajar Abbey:

Setiap kolej menawarkan program khusus untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran penting untuk berjaya di universiti: pemikiran kritis, pembelajaran bebas, menggunakan dan memetik artikel penyelidikan dll.

Program Pra Universiti kami adalah:

Kerana persaingan yang sengit untuk tempat bagi pelajar, jika anda ingin meneruskan pengajian ke universiti ternama, terutama Oxford atau Cambridge, kejayaan A Level sahaja mungkin tidak mencukupi. Itulah sebabnya kami menawarkan pelajar sokongan yang luas untuk mengikuti ujian tambahan dan program yang lebih luas yang boleh membantu mereka yang mencapai tahap yang paling tinggi.

  • Pertandingan Olympiad:

Penyertaan dalam pertandingan Olympiad kebangsaan dan antarabangsa memberi peluang kepada pelajar untuk menguji kemahiran matematik dan sains mereka. Pelajar Abbey DLD telah memenangi beberapa Anugerah Emas, Perak dan Gangsa dalam pertandingan ini atas usaha mereka dalam subjek Matematik, Kimia dan Fizik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

 

  • Anugerah Sambungan Lanjutan:

Kami mendorong pelajar kami yang paling berbakat dan bermotivasi untuk berusaha mencapai Anugerah Lanjutan. Kandungannya sama seperti A Levels, tetapi soalannya lebih mencabar. Anugerah Lanjutan adalah kelayakan tambahan yang berguna semasa memohon universiti yang berprestij.

  • STEP dan Ujian Kemasukan Universiti:

Universiti yang paling kompetitif semakin banyak menggunakan ujian tambahan untuk memilih pelajarnya. Oleh itu, kami menawarkan program untuk mengajar pelajar secara individu dan kumpulan kecil untuk peperiksaan ini, termasuk Thinking Skills Assessment (TSA), Sixth Term Examination Papers (STEP), Bio-Medical Admissions Test (BMAT) and UK Clinical Aptitude Test (UKCAT).

PERKHIDMATAN KHAS UNTUK PELAJAR ANTARABANGSA

Selain dari sokongan pendidikan, perkhidmatan kami merangkumi bantuan praktikal dengan VISA, program sosial untuk membantu anda menyesuaikan diri dan penjagaan 24/7 melalui House Parents dan Jururawat yang disediakan di lokasi.

Pendaftaran:

Selepas anda melengkapkan pendaftaran, kami menyediakan semua yang anda perlukan untuk mempersiapkan anda untuk kehidupan baru di UK. Pek maklumat Pra Ketibaan kami mengandungi semua yang perlu anda ketahui sebelum menyertai kami:

  • Kontak utama
  • Tarikh serta jadual waktu
  • Kami menghantar senarai bacaan dan program persediaan sebelum kursus. Pegawai penginapan kami akan menghantar senarai barang keperluan yang mereka (anda / pelajar) perlukan untuk dibawa ke UK.

 

Semasa ketibaan:

  • Kami menawarkan perkhidmatan menjemput di lapangan terbang
  • Kami memba anda ke sekitar Kolej dan bandar baru anda
  • Kami membantu anda membuka akaun bank, mendaftar dengan doktor dan membuat pilihan pengangkutan awam anda
  • Kami membantu anda untuk membuat permohonan visa anda dan mendaftar dengan polis.
  • Anda akan berjumpa dengan House Parents dan kakitangan yang tinggal di tempat penginapan anda

 

Pengenalan Kolej

Pelajar kami mengikuti program selama beberapa hari dalam seminggu sebelum pelajaran bermula untuk lebih menyesuaikan diri dengan Kolej anda, bertemu dengan kakitangan utama, mendaftar secara rasmi dan menerima jadual waktu mereka.

Anda akan berjumpa dengan tutor peribadi anda setiap minggu. Tutor akan memantau kemajuan akademik dan kehadiran anda, serta membantu dari segi isu kebajikan.

Kami memantau kehadiran melalui pendaftaran pada awal setiap kelas. Kami benar-benar fokus untuk memastikan anda mempunyai persekitaran yang responsif dan membantu untuk belajar.

Kami memberikan laporan berkala kepada ibu bapa tentang pencapaian umum, sikap dan sebarang masalah. Kami mendorong ibu bapa untuk sering berhubung rapat dengan tutor peribadi dan pasukan pastoral kami untuk membincangkan aspek kemajuan anak mereka dengan kami. Kami juga berkomunikasi melalui e-mel atau secara mesej dengan ibu bapa mengenai perkara penting, seperti ketidakhadiran atau masalah kesihatan yang tidak dijangka.


ENQUIRE NOW

Student must be between the age of 14-21 to study at Abbey DLD Group of Colleges
Please complete your contact number including country code*






*Please read and accept our Privacy Policy before submitting your details to us.